Dibanjiri Keju di Cheese Banjir!
Assamualaikumm & Hi sang penggemar keju! Kalau yang duk "love-hate relationship" dengan cheese tu mesti dah terus keluar soalan "ehh kat mana ni kat manaa nii ommgee sedapnya nampak!" Kan kan? Ann faham lah sebab Ann pun sama juga "die hard fan" lah senang cerita dengan cheese-cheese ni. Ertikata lain, Ann pun faham sesangatt "love-hate relationship" yang Ann sebut awal-awal tadi. Sebelum pegi makan ni, Ann dah siap jogging 10 km tauu minggu ni. Sebabnya, yang Ann tau, Ann nak makan puas-puas , dan Ann taknak pening-pening kepala pikir "ala berat naik lah lepas makan tadi. Sobss". Tulah masalah Ann, senang sangat naik berat (ala, biasalah perempuan kan. Berat tak naik pun kata naik hehe).
Guilty pleasure. Tu je perkataan yang Ann boleh guna nak describe bila makan dekat @CheeseBanjir ni.
Menu nya di sini sangat-sangat lah tempting. Antara menu yang terhidang adalah Lamb Chop The Hulk. Macam nama dia, memang makan pun lupa diri macam The Hulk jugak lah jawabnya. Daging kambingnya sangat-sangat lembut & sos cheese banjir nya melimpah-ruah.
Harga Lamb Chop The Hulk ini adalah RM35 atau RM40 jika request extra cheese. Memang banjir lah senang cerita.
Sos dia yang Ann boleh komen, sangat sedap. Kalau nak tau, Sos Cheese ni lah "signature" kepada restoran Cheese Banjir ni.
Sampai tak perasan lah termasuk-masuk pisau garfu dalam tudung haa..
Selain dari tu, Ann dihidangkan juga Udang Butter Gorgon. Alahaii cair betul hati ni bila sekali sumbat dalam mulut..
Yang penting, kena makan panas-panas tu. Udang nya besar dan segar, & yang penting, DISALUT SEMPURNA.. Kadang-kadang kan kalau orang tak reti buat butter prawn ni, langsung tak bersalut pun dengan tepung tu.. makan pun geram je, macam makan udang kosong..
Nampak sedap sangat kan? Rasanya pun kasi terangkat...
Harga nya hanyalah RM30 per plate, dan Ann jangka, 2-3 org boleh makan ni sbb portion dia banyak.
Kalau order untuk sorg, mungkin makan ni je dah cukup kenyang dah. Tapi kalau dah pegi, mesti lah nak try yang lain-lain gak kan? ❤
Haaaa yang ni pulak Ann nak cerita tentang "November Special" di Cheese Banjir. Jap, Ann belanja gambar dulu hehehe..
Bagi yang tertanya-tanya ni apa, haa ni lah nama dia Meatball Naga Berapi! Portion dia nak cerita punya besar tu kan, boleh makan untuk 8 sehingga 10 orang tau! Yang bulat tengah tu, meatball yang dilimpahi dengan cheese banjir, dan tengah2 dia ada spagetti yang cukup rasa lah senang cerita. Keliling dia pulak ada fries, salads, & dicucuk haa dengan udang crunchy atas baked potatoes.
Tergoda tak? Bila Ann sebut November Special, makanya memang khas untuk November sahajalah ye? Bulan-bulan lain, takde dahh tauu.
Harga RM250, bahagian untuk 8-10 org makan. Dapat lagi free air air tembikai yang tersangatlah juicy!
Oh ya, bagi yang kurang menggemari western food, takde alasan lah taknak pergi dekat Cheese Banjir. Sebabnya, di sini juga menghidangkan masakan Melayu juga, iaitu asam pedas. Antaranya yang ada ikan pari, ikan bawal, ikan tenggiri, siakap, ikan merah dan jenahak (sila lihat gambar menu) . Ann try asam pedas ikan tenggiri dia (Tenggiri Aquaman), fuhh rasa memang superb! Ikan segar, rasa kuah dia pun sedap! Ann sampai dah tinggal tulang je ikan tu pun Ann siap pegi hirup kuah lagi.. pedas-pedas manja gitu...
Ni pula Ann letakkan sekali list harga menu yang boleh didapati di restoran Cheese Banjir ni.
Promosi untuk sesiapa yang menyambut kelahiran pada November 2017
So senang lah kan nak bajet-bajet berapa duit yang nak dihabiskan nanti.. hehe oh ya lagi satu, buat masa sekarang restoran Cheese Banjir hanya menerima cash sahaja ok. So pastikan dah siap-siap bawa keluar duit nanti..
Disebalik tabir.. sampai panjat atas kerusi ha nak dapat best shot..
Tempatnya selesa & sangat bersih. Jadi sesiapa yang rasa-rasa tapak kaki dah gatal-gatal nak jalan tu, ni alamat Cheese Banjir; Lot G10, G-Village, Jalan 1/76D, Desa Pandan, Kuala Lumpur, Malaysia, 55100. Boleh juga waze Chees Banjir, nanti terus keluar lokasinya..
Masing-masing tak sabar dah nak makan..
Boleh juga singgah di instagram, @cheesebanjir dan Facebook, www.facebook.com/CheeseBanjirRestaurant/.
Til next entry lovelies! ❤