top of page

Smart Athlete, The Best Sunblock Ever!

Assalamualaikumm & Hi chouls! Disebabkan petang ni Ann ada food review @cheesebanjir di Desa Pandan jam 2 nanti, so pagi ni Ann decided stay hostel dulu, then lepas makan baru balik rumah. So disebabkan Ann tengah mereput pagi-pagi ni sambil melopong pandang je sekeliling bilik, Ann ternampak sunblock yang Ann beli masa nak panjat Gunung Kenderong haritu. Plingggg, makanya muncullah idea Ann nak review pasal produk ni.

Why? Seeebabbbbb dia besttttt sangat! Ann ni honestly bukanlah species rajin bebeno nak apply sunblock ni (pemalas, rajin make up jee). Ann tak suka sebab kebanyakan sunblock ni kasi muka nampak oily. Worst case bila berpeluh, dia start nampak tompok-tompok putih kat muka yang sangatlahh horror! Hahaha sakit je hati tengok. Ann tak pernah kena (kot) tapi bila tengok orang lain pakai n jadi macam tu, geram je tengok rasa macam nak lapkan je.. hm lepastu lagi satu, kulit Ann jenis sensitive dgn certain product, yang mana Ann pernah apply satu sunblock jenama (ehem) ni, lepas pakai, right away muka Ann naik whiteheads/jerawat kecik² tu. Obvious ok! Geram tau tak! Kita duk harap kat dia nk protect skin kita, dia pulak rosakkan. 

Untuk info, terlalu banyak terdedah pada direct sunlight boleh menyebabkan kanser kulit & penuaan.

Sumber: Google

SMART ATHLETE, dengan SPF 50+, Broad spectrum (mungkin coverage kot maksud dia , Ann tak sure) & yang penting, dry touch! So tak adalahh pegang muka ni terus rasa nak goreng ikan pulak kan.. Yang bestnya juga, sunblock dari ostoroooolia ni sweatproof okayy & water resistant sehingga 4 jam. So takat peluh2 hiking tu, apa ada hal kan? Kalau yang agak-agak sejenis sekali berpeluh tu sampai boleh dapat 2 kolam renang saiz dekat luar taman KLCC, lepas 4 jam, re-apply jelah. Simple & easy! Tertulis ayat dekat belakang botol dia "Light to the touch but heavy on protection" yang dah menarik minat Ann nak grab seketul sunblok ni. Sebab Ann jenis yang tak suka pakai menda² yang buat kita rasa bawak tepung kat muka, termasuk lah product make up pun. Senang cakap, pakai itu ini, tapi rasa macam tak pakai apa-apa pun kat muka.

Cara nak apply, goncang dulu, pastu letak jarak dalam 4-6 inch dari kulit pastu spray je kat bahagian badan yang kita nak protect dari cahaya matahari yang merosakkan kulit ni. Tapi, kalau bahagian muka, jangan pulak spray direct ya! Spray dulu dekat tangan, lepastu sapu slow2 dekat muka, sampai lah dia serap. 

Sebelum diratakan:

Selepas diratakan. Tak berminyak tau!

Smart Athlete mengandungi Aqua, Homosalate, Octocrylene, C12-15 Alkyl Benzoate, Ethylexyl Salicylate, Buthyl Methoxydibenzolytemethqne, Cera Alba, Benzophenone-3, Silica, PEG -15 Cocoamine, Phenoxyethanol, Acrylates,/Steareth-20 Methacrylate Copolymer, Carbomer, PEG-40 Stearate, Triethanolamine, Methylisothiazolinone, Aloe Barbadensis Leaf Juice & Tocopheryl Acetate.

So apa yang Ann boleh rumuskan dengan Smart Athlete ni: 1. UVA/UVB protection 2. Ultra sweatproof 3. Cepat kering 4. Tak berminyak 5. Tak ada kejadian tompok-tompok putih yang mengerikan 6. Photostable 7. Water resistant Dan yang terakhir, super excellent untuk outdoor activities! Guna Smart Athlete ni at least 15 minit sebelum terdedah dengan direct cahaya matahari. Kalau nak best coverage, opkoz lah kena selalu re-apply ya, especially lepas swimming / towel drying. So Ann sendiri dah pakai, dan Ann berpuas hati. Kalau hikers yang pernah naik Kenderong, dia tau lah 'barahnya' bila start panjat tu dah pukul 9pagi kan! Duk lepak puncak tu sampai dekat pukul 2 rasanya, bayangkan trek botak gitu turun tengah-tengah panas. Hati dah panas tak dapat view, otak pun ikut menggelegak! Tapi Alhamdulillah, ended up dah settle trip tu, kulit Ann takde pun nampak tanda-tanda makin gelap, sebab Ann memang apply Smart Athlete sebelum naik & time nak turun dari puncak. Belanja gambar Kenderong tapi tak dapat awan karpet 

Sesiapa yang berminat, boleh dapatkan Smart Athlete di farmasi Watson ya (kat Guardian boleh try tengok). Masa Ann beli sebulan lepas ada promo 50% discount (expiring Mar 2019) so harga jadi tak sampai RM30 pun. Harga asal tak salah Ann RM58+. Ann pun tak ingat sangat. 

Tapi surely, yang Ann boleh cakap, berbaloi tau pakai ni. Ann bukan cakap saje-saje, tapi experience sendiri. Kiranya lepas pakai tu, takde lah duk susah hati je tonyoh itu ini nak kasi hilang sunburn! Loll okayy jomm beli! 

Til next entry ya! ❤ 


bottom of page