Kahwin di Taman Warisan Putrajaya?
Assalamualaikumm semuaa! Pasti ada yang tertanya-tanya "Serius lah kahwin dekat Taman Warisan ni?" Yaaa, Ann super serious ni tau! Felda D'saji berkolaborasi bersama Taman Warisan Pertanian Putrajaya menyediakan package yang sempurna untuk perkahwinan impian anda!
Di sini Ann nak cerita, sesudah lawatan di dusun Taman Warisan tempoh hari, kami disajikan dengan menu makan tengahari yang sungguh-sungguhlahh manntopnya dari Felda D'saji. Kira macam food test pun ada lah juga (versi 'test' sampai kenyang tergolek haha). Ann personally rasa menu yang disajikan, iaitu nasi minyak berserta lauk-lauk yang super hebat ni sangatlah sedap!
Antara tarikan utama Felda D'saji adalah acar buah & teh tariknya. Aduhaiiii, teh tarik dia boleh buat Ann cair dekat situ jugak tauu... Yang bestnya kalau kahwin di sini, mereka menyediakan package perkahwinan berharga RM12,500 sahaja untuk lingkungan 500 pax termasuk semuanya sekali seperti katering, pelamin, air cooler 6 bijik (so jangan risau even majlis tengahari pun jadi tak panas dah dalam tu) dan yang paling best, outdoor wedding photoshoot di dusun Taman Warisan ni disediakan secara PERCUMA sahaja! Terpulanglah sama ada nak buat pre-wedding, atau post-wedding selepas majlis pun boleh. .
Dewan ini mampu memuatkan 250pax sekali masuk. Oh ya, kalau nak tau, selain teh tarik tu, ada menu tambahan yang special dalam package tau, iaitu kambing bakarrrr... ha, ingat senang-senang ke semua kenduri nak ada menu kambing bakar ni hehe.. Ann kalau dengar kambing-kambing ni memang kecur betul air liur rasa..
Tapi mesti ada yang risau kan, kat celah mana pulak nak parking sampai beratus-ratus kereta kalau majlis di area Taman Warisan ni. Ann tau semua sedia maklum yang parking lot doa tak besar mana. Jangan risau, kami mendapat info dari pihak Taman Warisan sendiri, yang anda semua boleh shj park di tepi jalan dekat tepi tuu jeee tanpa sebarang kerisauan disaman hehe.. so masalah selesai! Apa yang Ann boleh komen, apa yang ditawarkan oleh Felda D'saji & Taman Warisan Pertanian ni sangat-sangatlah berbaloi! Keluar duit sekali, dan semua "all in". Tak payah nak pening-pening nak cari caterer, penghias pelamin lagi, photographer lagi. Semuanya dah ada termasuk dalam package yang disediakan. Menarikk tauu kalau majlis dekat sini.
Nak lebih lanjut ? Boleh layari laman web http://www.feldadsaji.com.my/venue/laman-warisan-putrajaya/.
Dan agak-agak ada pertanyaan dan nak survey tempat, boleh shj walk in juga sebab dewan di sini sentiasa dibuka. Sebelah jee dengan medan selera yang famous dengan roti john & durian crepe tu.
So, nanti kita jumpa lagi di next entry! ❤