top of page

Dusun Atuk-Atuk di Taman Warisan Putrajaya

Assalamuaikum semuaaa! Ann baru sudah join run #NIVEACareRun di Putrajaya ni peluh pun melekat lagi dekat dahi hahaha.. 2 hari berturut tau Ann di Putrajaya. Siapa berani kata kat Putrajaya tak banyak benda boleh buat? Jadi harini Ann nak cerita pengalaman Ann "membuah" di Taman Warisan Putrajaya semalam. Siapa je yang tak pernah sampai kan ke Taman Warisan Presint 16 Putrajaya? Rata-rata Ann rasa confirm dah pernah sampai sebab area sini memang mantopp dan famous sebab makanan dia yang sedap-sedap. Tapi tahu tak yang dekat atas tu ada dusun seluas 35 ekar..? Dan yang penting, kemasukan adalah untuk orang awam tau. Jadi sesiapa pun boleh masuk & ikutlah, kalau perlukan guide, blh shj request di kaunter. Kat sini banyak sangat tumbuhan yang kita tak pernah tahu & tak sangka pun wujud di dusun Taman Warisan ni.

Tempatnya sangat cantik, dan sangat sesuai untuk berpiknik ataupun juga sangat cantik untuk "wedding photoshoot". Harga untuk sekali masuk hanyalah RM8.50 bagi dewasa, dan RM6.50 bagi kanak-kanak (pelancong dari luar negara perlu menambah RM5.00 sahaja). Dan bagi yang ingin menyewa kenderaan, hanya perlu menambah RM25 untuk sebuah Baggy.

Ada yang tertanya-tanya, kenapa nak kena masuk dusun ni sekadar nak tengok tumbuh-tumbuhan sahaja? Ann bukan apa, Ann malu nak mengaku, tapi buah koko sendiri pun Ann tak kenal macam mana rupanya! Hahaha mungkin sebab Ann memang lahir & dibesarkan di kota metropolitan ni, jadi banyak sgt yang Ann dah "missed out". Yang Ann tahu hanya shopping malls & paling-paling pun berkelah di pantai. Ann malu, tapi kita semua kena sedar yang rata-rata anak-anak muda zaman sekarang ni yang memang taktau. Kalau tak, macam mana lah boleh viral isteri sorang ni mengidam nak makan "tembikai warna coklat" (biji getah) kan? hahahaha.

Dan di sini juga, kita boleh request untuk package makan buah-buahan yang ditanam. Kiranya bolehlah makan buah segar dari dusun tau! Dari segi harga, boleh diatur mengikut saiz kumpulan, " the bigger (the group size), the cheaper (the price)".

Semasa FAM Trip Ann di Taman Warisan ni semalam, ada pelbagai aktiviti yang boleh dibuat seperti yang Ann cakap tadi, mengenal tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan di sini, menangkap keli di sawah padi, demonstrasi proses getah dari penorehan sehingga lah getah tu 'disalai' di rumah asap getah, dan juga permainan bowling kelapa.

Selain dari tu, penternakan & demonstrasi menyedut madu kelulut juga antara salah satu aktiviti waktu Ann di sini. Ann baru tau yang kelulut ni bukan lah sejenis lebah haha kesian kan. Nak tau tak, serangga kelulut ni sebenarnya "diangkut" dari kelantan tau! Ore kelate hooo ! Untuk pengetahuan semua, kelulut ni memang ada GPS dia yang tersendiri yang mana boleh mencari sarang sendiri tanpa tersasar.

Tapi mcm mana serangga kelulut ni di pindahkan dari Kelantan ke Putrajaya, haaa yang tu panjang lagi cerita nya. Tak tau kan, jadi bolehlaa datang sendiri ke Taman Warisan Putrajaya ni & alami sendiri pngalamannya. Ann sendiri dapat merasa minum madu kelulut ni segar dari sarang dia tauu!

Sebelum bersurai, kesemua Ahli Kelab Blogger Ben Ashaari bergambar bersama.

Pada Ann, area sini antara yang paling cantik sebab berlatar belakangkan pemandangan Putrajaya sendiri!

View dia memang awesome! Kalau bukan sebab matahari tengah tegak atas kepala, Ann pacak je tripod dan photoshoot sorang-sorang banyak-banyak! Hahaha tapi apa-apa pun, mujur ada Magic Body Lotion dari Cosmoderm dengan Tea Tree Oil sebab boleh laa nak elak sunburn tengah-tengah panas macamni kann..

Jadi kepada yang berminat, anda boleh sama ada walk-in (agak² bosan lepas pekena roti john dekat sini taktau nak ke mana), ataupun boleh juga membuat persediaan awal dengan book package yang ada, contohnya untuk event-event company atau aktiviti cuti sekolah ke. Cuti sekolah pun dah tak lama, apa kata bawaklah anak-anak kita kenal mana satu pokok lada hitam, beruas, nangka, cempedak, petai & sebagainya. Kasi diaorang pengalaman outdoor berbanding menghabiskan masa depan telefon bimbit atau komputer sahaja. Rugi tauu! Jadi untuk info, boleh layari: Facebook: https://m.facebook.com/tamanwarisanpertanian/

Atau hubungi di talian: 03-8888 2722 Email: info@tamanwarisan.my Till next entry guys! XOXO! ❤


bottom of page