Review: Nasi Bamboo/Buluh Rendangan Cherry

Assalamualaikumm & Hii semuaaa. Salam Awal Muharram. Semoga tahun nie lebih baik lagi dari tahun-tahun sebelum nie. Hehe jadi harini Ann nak review tentang satu kedai makan ni di Kempas Baru Johor. Ann ke Johor minggu ni sebab Ann ada poster competition di UTM Skudai. Kalau ada yang tertanya-tanya so macam mana, jawapannya, Ann kalah dengan jayanyaaa hahahaa #annnouramasterjourney Ann tak target langsung pun nak menang, sebab register pun last minute plus Ann memang niat nak tambahkan sijil penyertaan je. 

Jadi nak jadi ceritanya, dah alang-alang dah sampai area Johor ni, rugi lah kan kalau tak try makanan-makanan dekat sana. So, Ann contact kawan Ann yang ada di Tampoi, tidur rumah dia semalam.

Esok pagi, lepas collect sijil penyertaan, kawan Ann dah lapar. Dia kata jom pergi kedai makan nasi buluh. Ann pun dengar nasi buluh, menggeletik rasa hati. Excited katakan 😂 Almaklum, ada sblm ni kawan hiking Ann pernah cakap nak ajar Ann masak nasi pakai buluh dalam hutan, tapi sampai la ni pun taktau pa citaa hahaha tak jadi nasi buluh dalam hutan, makan bawah rendangan cherry pun jadilah 😂

Nama Nasi Buluh Rendangan Cherry ni bersempena pohon ceri ni lah

Jadi, masa Ann sampai tu, penjual kata ikan dah habis. Baru je orang beli tadi. Ann sampai dalam pukul 12+ tengahari. Awal juga orang makan sampai habis ikan dia 😅 antara lauk yang ada, ayam bakar, kambing bakar, dan talapia masak lemak. Sebab ikan bakar tak ada, jadi pilihan tu restricted sikit lah.

Yang tahu harga, nasi buluh ni RM2, kambing bakar RM8

Ann ambil, nasi buluh, kambing bakar, ulam², dan kuah lemak tu sikit. Air teh o ais limau. 

Kawan Ann ambil nasi buluh, talapia masak lomak, ulam² & air milo. 

Bila pergi bayar, aik Rm20.50. terkejut juga Ann ingatkan mahal lagi. Sbb portion nasi & kambing Ann shj dah RM10. Belum air dsb lagi. Takkan murah sangat kot talapia dia kan sbb besarrr. Tapi memang puas hati, sekurang²nya nasi buluh idaman hati dah masuk perut. Takde lah nak terbayang² dah cemana rasa dia hahaha sedap pun sedap. 

Cumanya kurang sbb dia tak ada sambal utk mkn dengan yg bakar². Ada sambal merah biasa je. 

Overall, Ann puas hati sgt makan sini. Memang boleh repeat! Hopefully lepasni adalah ikan bakar hihii until next entry! Bye byee ❤