Welcome Mome!
Assalamualaikum semua ! Monday blues chuols? lolss Monday kalini special sikit. Sikit pun tak rasa stress, even sangat2 excited nak pegi campus hahaha kenapa? Sebab.... tazabarrrr nak tunggu kemunculan Mome! Mome tu apa? Nahh, belanja sikit gambar Mome.
So, introducing Mome, my new partner a.k.a partner in crime lol! Alkisahnya cemana boleh "terdapat" Mome ni, yesterday tiba-tiba dapat whatsapp text dari sis in law forward gambar anak-anak kucing yang sangatttttlaaaaa adorable dengan nota ringkas "Anyone interested to adopt them."
Kita ni, tengok je gambar mcmni terus reply Nak! Ouh, nak dijadikan cerita, last week Ann baru je share dengan sorang kawan yang Ann tengah tercari-cari pet untuk dibela. sampai dah survey 3 binatang, burung hantu, slow loris atau cats. Cats macam common lah untuk dibela, sebab Ann ni kind of person yang suka yang rare ni (last time Ann bela iguana). Ann siap cakap lagi, "takda ka sesiapa yang nak bagi kucing free hahaha macam tau-tau je tau kak ipaq ni Ann ni tau. Sebab tiba-tiba rezeki ada orang offer nak bagi, Ann ni apa lagi sambar jelah kan. Ann memang jenis suka kucing, jadi Ann tolak tepi jela tutup mata, mungki belum masa Ann bela burung hantu atau loris lagi.
For your information, it turns out to be kucing-kucing ni adalah Kucing Jalanan (stray cats) yang mana ditinggalkan ibu dia. Yang mencari "foster mom" (ibu angkat) kepada kucing-kucing ni adalah jiran kepada makcik kakak ipar. haha pening tak? cuba digest macam ni, Ann ada kakak ipar, kakak ipar Ann ada jiran, haaaa jadi jiran tu lah yang post gambar ni dekat whatsapp group kawasan kejiranan Aunty tu. Ann mampu terangkan macam ni je, Jangan minta Ann lukis pulak kay flow chart dia hahaha.
Dengan sedikit kegigihan, Alhamdulillah, Ann berjaya dapatkan Mome. Awal-awal, Mome nampak takut sangat. Yelah, berpindah kawasan yang tak dikenali tanpa adik beradik dia (I'm sorry Mome dah pisahkan kamu adik beradik, tapi memang tak mampu nak bela semuaa huuu). Tapi lepas sehari, keluar dah perangai dia. Setakat ni nampak periang sangat, cuma kalau Ann nak masuk lab hari-hari Ann kena lah simpan dia dalam sangkar. Balik tu, mandikan dan bawak tidur sekali. Ann happy sangat ada Mome. Terubat sikit sebanyak rindu dekat Ikku (iguna Ann yang dah setahun takde lagi).
Gerammm tauu tengok Mome ni, takpayah pakai camera selfie pun dah comel sangattt hahahha lepas ni kerja shooting Mome jelah hehe. Harap-harapnya, Mome sihat-sihat aja ya, and tak naughty sangat okay ? lols semua ni Ann kongsikan gambar-gambar Mome untuk tatapan. Until next entry !