Review: Cendol Kg. Baru Sedap Meletopsss

Assalamualaikummm & Hi Semuaaaaa! Disebabkan esok ada presentation progress utk Master Study Ann, tetiber datanglah angin kemalasan yang amat sangat bila tengah² buat slides ni kan. Almaklum, nak cari idea utk letak dalam slides ni memang melemahkan segala urat² dan saraf² semua 😂 Secara tak sengaja lah Ann terbuka gallery kat phone, dan tak sengaja juga ternampak gambar dan terasa nak tulis review pasal Cendol Kg Baru hahaha 😂 Dan yang sebenarnya, ni kali ke 3 dah Ann type utk entry review cendol ni. Guna apps wix, habis dah type tinggal nak edit gmbar letak signature je, bukak balik dah crashed! Sabolanakkk. Hahaa pasrah, Ann type lagi. Kot Tuhan marah pasal tinggal kerja sibuk tulis entry kan lol. Kali ke 3 dah ni idea dah kering lah jawabnya takkan sama dan dgn idea mencurah² masa pertama kali ayat² keluar dari kepala otak ni 😂 Cendol Kg Baru. Sebelum tu, kenapa Ann datang ke sini? Sebabnya, team panjat Gunung Chamah-Ulu Sepat Ann ajak "regroup". Haa regroupp katanyaa hahaa Almaklumlah, balik dari trip tu, naik bus dari Gerik, sampai TBS dalam pukul 2.50am, memasing pewai dgn trip lagi, mungkin mamai sbb tido dalam bus, alih2 takde bye bye memasing ramai yg pulang ke rumah macamtu je 😂 best sangat kot tido dlm bus + penat sangat kan trip 5 hari. Jadi, gogo trip, Zaim ajak lah reunion dekat cendol Kg Baru.

Dari depan kiri: Yess, Ann, Syam, Banglong, Zaim (gogo trip), Ira, Ayul & Kak Ecah. Yang missing in action, Bang Im, Wan & Zati. Takpe, nanti lain kali kita regroup lg okay? 😉 Berbalik pada cendol Kg Baru. Sedap ke tak sedap? Secara jujurnya, Ann bukanlah penggemar tegar cendol, tapi Ann bangga mengaku Ann memang hantu durian! 👻Walaupun Ann bukan penggemar cendol, tapi cendol Kg Baru ni Ann bagi 5 bintang! Kenapa?

Durian dia sedapp, besarrrr pulak tu, dalam tu yg tenggelam tu panjang lg sebenarnya durian tu hahaha tak kedekut lah senang cakap, cendol dia pulak cukup manis & berlemak. Jadi, secara keseluruhannya, rasanya sempurna. Harga? RM13, dan memang kenyang. Ann hampir2 order ayam penyet sekali (walaupun tengahari tu baru je mengketedarah ayam penyet D'laman), mujur sorg tu cakap kenyang makan cendol ni. Kalau tak, mau tersandar Ann tak blh bangun lepastu 😂

Konlusi, sangat recommended utk mai Kg Baru pekena cendol durian dia. Gerai yg Ann makan, Ann letak gmbar kat atas ni. Ada rezeki korang, dapat lah durian sesedap durian yang Ann dapat. Nanti lepas ni Ann nak bebel pasal ayam penyet D'laman pulak. Hikss until next entry . Nak sambung buat slides. Wish me luckk for tomorrow 😘