top of page

Review: Kedai Mee Cina Salam Noodles (Halal Cinese Food)

Nak cerita, disebabkan semalam birthday mak, so kita ni dah tergedik² nak balik rumah, padahal Isnin baru je balik campus lol. Pagi² pukul 7 dah call mak. Yeayy jadilah orang pertama yang wish hahaha dapat tahu pula, abang ambil cuti sebab birthday mak. Nak bawak mak gi jalan katanya. Lagilah termenggeletis hati ni membuak² nak balik. Mana boleh abamg je happy-happy dengan mak. Kita pun nak jugak. Dan dijadikan cerita, abang datang ambil kat campus, maka terjadilah jenayah melarikan diri dari lab (macam tak biasa lols). 

Bukan apa, Ann cuma taknak lah "nakal² sangat, pasai lagi 2 minggu nak ambil cuti seminggu pulak. Almaklum, nak grad gunung² giseben 👉👈 hehehe 

Ok ok so berbalik pada topik utama. Salam Noodles. Seindah namanya, begitulah rasanya

hahaha hakak memang bagi rating 12/10 , ha extra 2 points tauuu utk makanan kat sini, especially sate xin jiang dia. Selalu order beef (now:RM2.50/stick) and chicken (now: RM2.20/stick). Harga dia dah naik, tapi Ann setia je makan lagi kat sini, apatah lagi bila abang yg belanja kan. Rugi lah tolak rezeki. 

Salam Noodles ada beberapa cawangan, antaranya di Wangsa Walk Mall, Cyberjaya dan yang terkini, cawangan di Bangi nampak gayanya dah tutup (abang pergi haritu tulis di kedai "to let" 😭)

Bolehla cuci cuci mata tengok menu di Salam Noodles

Antara yang bestnya kat sini, sebab air dia free flow (air berkarbonat, kordial & teh kurusss elok utk buang panas badan & diabetes hehe).

Ni antara febeghet Ann, Xin Jiang Chicken stick. Fuhh rasa melelehh. Saiz dia pun besar (tapi tengok pada cawangan juga). Memang merecik habissss

Jadi, kepada peminat² chinese food yang halal, boleh singgah di Salam Noodle dan rasalah sendiri hehe kot² nak survey² apa menu yang best, pegi lah website: www.salamnoodles.com atau facebook: www.facebook.com/salam.noodles. Until next entry guys! ❤


bottom of page