top of page

Durian #Kendurian 2017 Part 1

Misi mencari durian buffet #makansampaimuntah buat masa sekarang masih belum terlaksana 😌😌 takpelah, belum rezeki kot nak repeat kejadian makan durian sampai setahun takmau durian dah hahaha 😂😂 So, takde buffet pun, kalau dah hantu durian tu hantu jugak la kan. Setakat ni, baru 4 kali dah makan durian, dalam masa 6 hari hahahaha 😳😳

So, First, durian Hulu Langat, Batu 10. Nyum² sekilo RM18. 2 biji RM 63. Buah2 diaaa tempting habiss asal lalu je kat tepi jalan tu time tu pulakk lori baru sampai, syahduu nyaa rasa bila tak singgah wuuuu. Dia katanya durian pulau ke ape tah, the taste is so nice ( Maaf, takde gambar). Kat situ memang manjang 365 hari setahun ada durian non-stop, yg membezakan cuma harga (& mungkin rasa). Sesiapa yang rasa2 mengidam tu, boleh la try. depan sekolah Sri Murni, Batu 10 Hulu Langat.

Pastu, sebab dapat 3 ulas je (alasan), jadilah kali ke 2-4 membaham, Semua durian Sri Rampai. So yang kali ke 2, sekilo RM 25, tapi lupa dah durian apa. Tengok la sendiri, isi mak aihh kuning nyaa merecikk lol💦

  • Next tu, Udang Merah. Sekilo RM 35. Beli sejibik jela. Sedappp. Memang puas hati . Isi dia taklah kuning sangat, tapi taste dia memang terangkat. Member kata, ni kalau bayar mahal pun sanggup. Kena RM45 sejibik hehe "mengidam" tak habis, sanggupkan ajelah 😂😂

Pastu masuk kali ke 4. Hahaha hantu durian ni masih hunting n xpuas2 jawabnya. 2 bijik RM50, Udang merah. Bantai 4 bijik berdua. Jalan~

Banyak kan makan? Hehe so kalau still ada lagi yg taktau petua taknak panas badan lepas hentam durian tak ingat dunia, tak payah beli air badak bagai, cuma tuang je air kat kulit belah dalam tu dan minum. InsyaAllah, tido malam tu lena je sbb dah dapat apa yg dihajati, badan pun tak panas lol. Lekluu baru part 1. Misi hunting akan diteruskan lagi #makansampaimuntah. Until next entry kbye 🙋


bottom of page